Saturday, November 24, 2012

sinopsis novel bicara sebuah diari


Mengisahkan tentang Noreen seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat didalam satu kejadian pembunuhan yang telah lama berlaku. Semuanya berpunca dengan mimpi-mimpi yang pernah dia alami sesebelum ini. Dengan tidak semena-mena Adawiyyah dan Rohayu  muncul didalam mimpinya. Setiap kali dia bermimpi kedua-dua wanita itu meminta dia agar berhati-hati kerana seseorang yang berbahaya sedang menghampirinya. Semakin hari dia semakin diasak dengan  mimpi-mimpi itu. Mulanya Noreen tidak mempedulikan tentang mimpi itu, namun apabila ianya berterusan dia merasakan ada sesuatu disebalik mimpinya itu. Ditakdirkan dia telah pergi kesatu villa disebuah tasik untuk menyiapkan skrip terbarunya. Disitulah segala mimpinya mula terjawap. Bermula dengan penemuan gambar dan diari milik Rohayu, Noreen merasakan yang mimpinya selama ini adalah sesuatu yang reality. Bukan sekadar mimpi. Semakin dia membaca diari milik Rohayu semakin dia merasakan semua itu ada kena mengena dengan Suhaimi, rakan baik suaminya. Apabila Noreen teringatkan akan Datin Zaleha gadis itu terkejut kerana rupanya wajah datin Zaleha saling tidak tumpah dengan wajah seorang lagi gadis didalam mimpinya. Dari maklumat datin Zaleha rupanya mereka adalah sepupu. Melalui ibu Adawiyyah Noreen mendapat tahu yang Adawiyyah pernah berkahwin dengan Suhaimi. Noreen pasti yang kedua-dua mereka adalah bekas isteri Suhaimi. Berita itu disampaikan kepada suaminya. Melihat keadaan yang mula tidak terurus, Azam bercadang untuk menemui Noreen. Dia berjanji akan menyelesaikan semua masalah ini. Noreen terkejut apabila dia mendapat panggilan dari isteri Suhaimi. Melalui wanita itu akhirnya segela rahsia terbongkar dengan sendirinya. Barulah Noreen tahu bahawa suaminya yang pernah ada hubungan dengan kedua wanita itu dan bukannya Suhaimi. Azam yang menyedari tentang itu mula mahu membunuh Noreen. Pun begitu Noreen dan Fatiha dapat melepaskan dirinya. Manakala Azam akhirnya tewas dan ditangkap polis.

No comments:

Post a Comment

Followers