Wednesday, September 11, 2013

contoh crpen ~ misteri.


Contoh crpen misteri (1)

Terdapat satu tempat menarik yang dinamakan sebagai hutan bandar yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung yang datang untuk bersuka ria, mandi manda,berjogging, melakukan terapi ion, memancing dan bermain di taman permainan yang memang tersedia oleh pihak pngurusan hutan bandar tersebut. Seorang pemuda yang memiliki sifat ketinggiannya berukuran 153cm dan beratnya 53kg dan mempunyai lesung pipit. Namanya Malik. Berusia dalam lingkungan 29 tahun. 

Hutan Bandar adalah satu tempat yang menarik. Sering dikunjungi oleh ramai pengunjung yang datang untuk bersuka ria. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di situ seperti mandi-manda, berjoging, melakukan terapi ion, memancing dan bermain di taman permainan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan hutan tersebut. Seorang pemuda ketinggiannya 153 cm, beratnya 53 kg, lesung pipit di pipi dan berusia 29 tahun, namanya Malik.

**************************************************
Pemuda yang bernama Malik ini yang hobinya suka memancing dari petang hingga ke waktu senja. Biasanya tempat inilah yang dikatakan boleh menenangkan fikiran pengunjung yang sering datang ke sini sambil berjogging dan pelbagai aktiviti mereka boleh lakukan. Malik tidak sedar yang berapa lama dia sudah berada di situ tanpa hiraukan keadaan sekeliling. ketika dia sedang leka memancing, muncul seorang wanita misteri yang tidak diketahui namanya. Malik pun terkejut dengan kehadiran wanita misteri tersebut yang kelihatan cantik dan menawan dari paras rupanya walaupun belum diketahui nama wanita nisteri itu. Waktu senja pun dah berlalu, tapi Malik tetap belum mahu pulang ke rumahnya.

Memancing adalah hobi Malik, dari petang sehinggalah waktu senja. Tempat seperti itu dikatakan mampu memberi ketenangan kepada pengunjung yang datang melakukan pelbagai aktiviti yang mereka sukai. Malik tidak hiraukan keadaan sekeliling, entah sudah berapa lama dia berada di situ. Tika sedang leka memancing, muncul seorang wanita yang begitu cantik dan menawan paras rupannya. Malik terkejut dengan kehadirannya. Sungguh misteri sekali wanita tersebut yang tidak diketahui namanya. Waktu senja terus berlalu namun Malik belum terasa hendak pulang ke rumah 


 Contoh crpen misteri (2)



'Hutan bandar', jolokkan yang diberi oleh pengunjung yang datang untuk bersuka-ria, bermandi-manda, berjogging, melakukan terapi ion, dan bermain di tempat permainan yang diuruskan oleh pihak pengurusan hutan bandar tersebut, tempatnya memang menarik.

Terdapat juga sebuah kolam yang agak besar di situ yang dikelilingi pohon-pohon besar yang rendang. Airnya yang kehijauan, yang dihiasai dengan bunga lily di sana-sini tampak begitu tenang. Setenang suasana dan sekelilingnya.

Malik seorang pemuda yang berusia di dalam lingkungan 29 tahun, berlesung pipit dan agak tinggi juga orangnya, yang hobinya memancing, gemar dan sering memancing di kolam itu sendirian hingga ke larut senja.

Leka memancing tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, Malik tidak sedar yang dia sudah agak lama berada di kolam itu. Matahari sudah pun jatuh ke barat. Namun dia belum lagi mahu pulang. Kegelapan perlahan merangkak dalam diam. Angin yang bertiup, kedinginannya terasa menggigit. Tiba-tiba entah kenapa merinding bulu romanya.

Merasakan ada kelibat yang berdiri di belakangnya, pantas dia menoleh. Degupan jantungnya beralun kencang, saat pandangannya disambut oleh seorang perempuan misteri yang paras rupanya begitu sekali cantik. Begitu keharuman yang luarbiasa menyengat hidungnya.

No comments:

Post a Comment

Followers