Tuesday, October 8, 2013

TIPS PENULISAN (MENGHIDUPKAN WATAK)

TIPS PENULISAN

Dalam satu-satu cerita yang kita ketengahkan, si penulis mesti menceritakan apa yang dia lihat dalam pemikirannya. Contohnya lokasi dia berada, apa yang dia lihat di sekelilingnya. Aksi tubuh apabila satu-satu watak itu sedang berkomunikasi.

Contohnya: ketika watak A dan watak B sedang bertengkar di sebuah restoran. Ceritakan suasana di dalam restoran itu. Apa yang dia nampak di sekelilingnya dan ceritakan sekali bagaimana aksi tubuh watak-watak yang dia ketengahkan agar nampak hidup.

MENGHIDUPKAN SATU-SATU WATAK

-          Setiap cerita yang penulis sampaikan, hanya penulis sahaja yang tahu bagaimana situasi dan keadaan tersebut. Pembaca tidak tahu apa yang berada dalam pemikiran penulis. Jadi, jika kita menceritakan satu-satu perkara, harus kita bawa pembaca untuk berada bersama-sama kita di lokasi tersebut. Contohnya, kita berada di sebuah restoran, keadaannya kelam kabut. Pengunjungnya ramai. Ramai orang beratur untuk memilih makanan. Kain lapik meja berwarna merah, tercalit sedikit tompokan kotoran di atasnya. Pelayan begitu sibuk mengangkat bekas-bekas makanan yang ditinggalkan. Juruwang tidak menang tangan untuk mengira harga makanan pelanggan.


-          Situasi watak yang sedang marah- matanya merah menyala hingga timbul urat leher ketika dia menjerkah. Telunjuknya terus menunding ke muka. Mukanya nampak tegang.
-           
-          Bagi individu satu lagi pula, yang menjadi mangsa kemarahan watak di atas –  mukanya nampak bersalah. Hatinya kecut takut. Pucat wajahnya dan terkaku lidah tidak dapat berkata-kata. Dalam waktu yang sama, perasaan geram dan malu kepada suasana sekeliling kerana kuatnya suara si pemarah menghala kepadanya. Matanya sesekali melilau memandang kiri kanan melihat kalau-kalau ada pelanggan yang memerhati ke arah mereka. (wujudkan aksi tubuh, perasaan, bagi kedua-dua watak yang kita ketengahkan)

-Cerita yang hanya mempunyai dialog tanpa kita ceritakan gerakan tubuh, umpama watak yang kita ketengahkan itu berada dalam keadaan kaku/keras

-Cerita yang hanya mempunyai dialog tanpa kita ceritakan suasana serta keadaan sekeliling, ibarat watak-watak itu berada dalam bilik kosong.

No comments:

Post a Comment

Followers