Terdapat satu tempat menarik yang dinamakan sebagai hutan bandar yang sering dikunjungi oleh ramai pengunjung yang datang untuk bersuka ria, mandi manda,berjogging, melakukan terapi ion, memancing dan bermain di taman permainan yang memang tersedia oleh pihak pngurusan hutan bandar tersebut. Seorang pemuda yang memiliki sifat ketinggiannya berukuran 153cm dan beratnya 53kg dan mempunyai lesung pipit. Namanya Malik. Berusia dalam lingkungan 29 tahun.
Pemuda yang bernama Malik ini yang hobinya suka memancing dari petang hingga ke waktu senja. Biasanya tempat inilah yang dikatakan boleh menenangkan fikiran pengunjung yang sering datang ke sini sambil berjogging dan pelbagai aktiviti mereka boleh lakukan. Malik tidak sedar yang berapa lama dia sudah berada di situ tanpa hiraukan keadaan sekeliling. ketika dia sedang leka memancing, muncul seorang wanita misteri yang tidak diketahui namanya. Malik pun terkejut dengan kehadiran wanita misteri tersebut yang kelihatan cantik dan menawan dari paras rupanya walaupun belum diketahui nama wanita misteri itu. Waktu senja pun dah berlalu, tapi Malik tetap belum mahu pulang ke rumahnya kerana dia tidak puas menatap wajah wanita misteri yang digelar puteri bunian itu. puteri bunian yang sejak dari tadi tercegat berdiri melangkah ke depan dan menegur Malik yang sedang mengemas peralatan memancingnya itu ke dalam kotak yang memang khas untuk disimpan ke dalamnya.
No comments:
Post a Comment