Tuesday, October 13, 2015

Karya Bella...

Cahaya menyinar terik dari luar jendela yang sengaja kubuka untuk memberi ruang kotak fikiranku yang dari tadi kusut dengan pelbagai persoalan yang tidak mudah kujawab. Hatiku sering terhibur apabila terdengar riang suara burung berkicauan yang kadang-kadang menjengah ke gegendang telingaku, deruan angin sepoi-sepoi bahasa yang tidak pernah jemu menjamah pipi gebuku cukup untuk membuat aku sentiasa bersyukur dengan keindahan alam ciptaan-NYA. Waktu itu persoalan yang tiada berjawapan sering kali menganggu fikiranku dan terusan menghimpit benakku, aku sedih,marah,suka,benci aku sendiri tidak dapat memahami apakah jenis perasaan yang sering kali menganggu hidupku.ingin saja aku menjerit, biar satu institute paham dengan apa yang terbuku dibenakku ini. Aku keliru…aku pasrah…'agrh…aku benci dengan perasaanku itu.
"Iman, awak tak ke kelas?" teguran dari bibir munggil milik Ainul mengejutkan aku dari lamunanku. Gadis kelahiran Perak itu amat bersopan orangnya, kami sudah 3 semester bergelar rakan karib setelah mendaftar masuk ke Institut Perguruan Tuanku Bainun dan setelah sah menjadi teman sebilik. Aku menyenangi perwatakkan Ainul Mardiah rakanku itu, orangnya bukan sahaja cantik, baik, sopan dan peribadinya yang sentiasa diperliharanya itu memuatkan dia sanggat popular di kalangan pelatih lelaki di Institut tetapi katanya hatinya bukan mudah untuk ditawan, kerana itulah aku sanggat mengaguminya bakat ketokohannya sebagai peserta pilihan pidato institute terserlah setiap kali dia melontarkan hujah, hadis dan dalilnya sentiasa tepat walaupun dia bukanlah pelatih jurusan pendidikan agama mahupun bahasa Arab, tetapi hujah pelatih jurusan sains itu sangat bernas dan mampu meransang minda setiap orang yang mendengarnya.
"ah…ah, kite nak siaplah ni,awak tunggu kite ek?" tanpa melengahkan masa lagi aku terus menyarungkan baju kurung ungu kesukaanku kemudian memadankannya dengan tudung putih yang sejak semalam sudah kegosok, selesai merapikan diri di hadapan cermin yang menjadi peneman setiaku sejak aku melangkahkan kaki ke Institut Perguruan Tuanku Bainun ini, langkah Ainul segera kubuntuti.
"Ainul tunggulah kite" laungku setelah langkah Ainul yang pantas itu tidak dapat ku kejar, aku mempercepatkan langkahku dan kadang-kadang berlari-lari anak untuk menyamakan langkah dengan Ainul yang ternyata sudah sampai ke perkarangan dewan.
"aduh…matilah aku" keluhku apabila melihat kelibat En.yaw yang sudah pastinya sedang menunggu kehadiran pelatih-pelatih yang lewat sepertiku. Nasibku baik kerana sebaik sahaja kaki kananku menjejaki pintu dewan perhimpunan baru sahaja bermula, perhimpunan yang pastinya membosankan itu kulalui penuh kesabaran, mana tidaknya itulah rutin harianku setiap hari isnin dan rabu sejak aku sah bergelar pelatih diInstitut Perguruan Tuanku Bainun ini.
Selesai perhimpunan dan kuliah aku terus melangkah malas menuju ke café yang terletak tidak jauh dari bilik kuliahku. Selesai membeli makanan aku terus menyusun langkah untuk terus pulang ke bilik, sedang aku asyik menyusun langkah aku terserempak dengan 'dia', dari kejauhan aku melihat seraut wajah itu,tenang,raut wajahnya yang memikat itu cukup untuk mengoncang setiap jiwa wanita yang memandang, aku hanya mampu tertunduk malu setiap kali kelibatnya melewatiku, aku tidak mampu untuk menatap wajah yang sentiasa tenang dihiasi senyuman itu lebih lama.
"pehg…boleh terlucut jantung aku…hehe" aku mengurut dadaku lembut sambil meneruskan langkahku yang tadinya terbantut, sesampai sahaja aku di pintu bilik.
"Iman…awak ke mane? Kenapa awk balik lambat?" belum sempat aku melabuhkan pungungku ke tilam empuk milikku Ainul terus menyoalku dan lagaknya seperti 'Detektif Conan' penyiasat terkenal dalam cerita siri kegeramaranku Detektif Conan. Tanpa mendahkan pertanyaan dari Ainul aku terus merebahkan badanku ke katil dan membiarkan Ainul tertanya-tanya, gerak hati nakalku mengejek-ejek Ainul yang kebengangan apabila pertanyaanya tidak berjawab, "hehehe…padan muka sapa suruh pagi tadi awak tinggalkan kite" dalam diam aku ketawa terhibur kerana berjaya membuat Ainul sahabatku itu terjuih marah.
Usai solat asar, sekali lagi aku merenung kejauhan, dari tingkap bilikku jelas kelihatan beberapa orang pelatih IPTB yang sedang gigih menjalankan latihan, mungkin itu pelatih dari jurusan pendidikan jasmani yang menjadi kebangaan pihak Institut kerana acapkali mengharumkan nama Institut, dan seperti kebiasaan kelihatan Mohd Saiful Adierul sedang berlari mengelilingi padang mungkin sedang mejalankan latihan selaku pelari pecut harapan Institut, lelaki bertubuh tinggi lampai,berwajah tenang tanpa sebarang jerawat diwajahnya itu merupakan pelatih lelaki yang sanggat disukai ramai termasuklah diriku tetapi perasaan yang seringkali membuak-buak dalam benakku dipendam kerana aku sedar siapalah aku untuk mendampingi insane sepertinya, mungkin kewujudan aku di institute ini pun tak disedarinya, mana tidaknya aku hanya pelatih biasa yang tidak selincah rakanku Ainul Mardiah berhujah, tidak secantik Ana Masitah yang digilai ramai, dan tidak pula sepandai Illy Ilyanie yang setiap semester mendapat 4.0,siapalah aku dimatanya, layakkah aku? persoalan itulah yang selalu bermain di fikiranku
"Iman kalu kite tanya sesuatu boleh?"suara lembut milik Ainul sekali lagi mengejutkanku dari lamunan.
"eh, sejak bila awak nak tanya mintak kebenaran ni?" kataku untuk menyembunyikan kekalutan perasaanku ketika itu,takut dapat dihidu Ainul.
"erm…awk ada masalah ke?"soalnya penuh berhati-hati
"e…awak ni busybody gak ek?,hehehe…" kataku sengaja membiarkan Ainul kebingungan, sengaja aku memulangkan balik buah kerasnya.
"awak…kite tanya main-main pulak"katanya bernada separuh merajuk.
"ok…ok kenape awak cakap camtu?"
"taklah sejak dua menjak ni kite tengok awak termenung je, awak tak pe-pe ke?" soalnya dengan nada seperti risau, didahinya jelas kelihatan garis-garis halus yang menambahkan lagi bukti yang dia amat serius dengan kata-katanya itu.
"hehehehe…sayang juga ek..awak kat kite…hehehe takda pe la just rindu kampung halaman nun jauh di Johor, kite tak macam awak tiap-tiap minggu boleh balik" jelasku dengan nada yang sedih disertakan dengan raut wajah yang sengaja kubuat-buat sedih untuk mengukuhkan lagi alasanku itu.
"oh..awak kalu rindu boleh balik rumah kite,Perak best o…"katanya beria-ia
"dahlah awak saya ada banyak kerja ni,nanti-nantilah awak cerita pasal negeri awak tu ek?"kataku dengan nada bergurau sengaja malas hendakku layan ceritanya yang sudah pasti berjela-jela itu. Aku terus melangkah lesu ke meja belajarku yang masih berselerak dengan tugasan KKBI yang belum lagi kuselesaikan.
Rindu…aku tersenyum sendirian, ya…aku rindu tapi bukan pada kampung halamanku tetapi aku rindu untuk mendampingi seorang insane yang bernama Mohd Saiful Adierul em…aku tak mampu untuk meluahkan perasaanku walaupun pada rakan karibku sendiri,aku malu untuk mengakui yang sebenarnya aku sudah merasai satu perasaan yang sudah menjadi kebiasaannya dirasai oleh gadis remaja sepertiku. Teringat aku pada hujah yang dilontarkan Ainul pada sesi usrah yang lepas apabila soal cinta menjadi topik perbualan.
"Kak Ainul, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?" Nur Fatihah mencetus persoalan. Ainul tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama rakan-rakan usrahnya dan mereka sering bertukar-tukar pandangan setiap kali usrah dijalankan.
"Apa pendapat Syaqiera?" Ainul Mardiah memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.
"Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh," jawab Syaqiera, petah.
Ziana confuse tentang cinta tu…" Roziana mencelah. "Confuse? Boleh kongsi?" Ainul Mardiah bernada lembut. "Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana. Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call. Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu," luah Roziana.
"Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?" keluhnya lagi.
"Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta," Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
"Okey, Kak Ainul nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?Ainul Mardiah cuba membuka minda.
"Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim" jawab Syaqiera spontan.
"Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Ainul bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah. Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah," Ainul Mardiah makin membuka minda mereka.
"Apa pendapat Kak Ainul tentang itu?" Iman minta kepastian.
"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro'. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."
"Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?" getus Iman
"Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi," nasihat Ainul Mardiah.
"Kalau dah terjebak macam Ziana ni?" gerutu Roziana.
" Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang," jelas Ainul Mardiah.
"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.
"Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Ainul faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir.
Cinta kerana Allah, Nurul Iman tersenyum sendiri sambil membuang pandangannya ke luar jendela biliknya.
"em...Ainul petang nanti awak da pape tak? Kalau takda jomlah ikut kite keluar boringlah"pintaku separuh memujuk.
"em...sorrylah saya ada kerja sikit,awak pergilah dengan Asrar dan Zatul"
"ala...awak ni buzy je memanjang tiap-tiap hari minggu,awk pergi mana ek?"aku menduga
"eh...awk ni kenapa awak jeles ek?" balasnya dengan mimik muka yang menjengkelkan,entahlah setiap kali aku bertanyakan soalan tentang kehilangannya setiap hujung minggu dia akan berdalih dengan pelbagai alasan entahlah mungkin ada sesuatu yang ingin disembunyikan, entahlah aku tidak suka untuk memaksa tapi jauh disudut hatiku aku dapat merasakan yang ada sesuatu yang cuba disembunyikannya dariku.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Selesai aku Asrar dan Zatul menikmati nasi ayam di restoran kegemaran kami, kami terus melangkah memasuki perkarangan Pasific, sudah menjadi rutin kami iaitu pekara pertama yang kami aku tuju adalah ke kedai Popular yang sememangnya popular dengan kepelbagaian buku-buku yang diperdagangkannya.
"eh!,Zatul awak tengok kat dalam butik tu"tegur Asrar sambil sikunya ligat menguih badan Zatul agar beralih ke arah yang dikatakannya,aku hanya tersenyum dengan gelagat dua sahabatku itu yang sememangnya terkenal dengan gelaran 'mami jarum' bak kata Apek Senario dalam cerita Mami Jarum lebih cepat dari berita lebih hangat dari Melodi, tanpa mengendahkan mereka aku terus asyik membelek buku-buku yang berjaya menarik minatku, tiba-tiba kenyataan yang keluar dari mulut Zatul membuat aku turut tertarik untuk melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Asrar.
"iskh...aku tak sangka jejaka impianku sudah berpunya,selamat tinggal kekasihku Mohd Saiful Adierul...selamat tinggal sayangku"katanya sambil meniru dialog dari dalam filem Juliet sambil berkerut-kerut mukanya mempamerkan mimik yang sedih, Zatul memang hebat dan darah seni yang mengalir dalam dirinya membuatkan dia memang berbakat besar dalam seni lakonan. Aku terus menoleh ke butik yang dikatakan alangkah terkejutnya aku apabila melihat Adierul sedang asyik membelek-belek barangan di dalam butik itu,lebih mengejutkan lagi apabila Ainul menyusul menghampiri Adierul dengan lagak yang amat mesra mereka saling bercerita dan diselang-selikan dengan gelak tawa, aku tidak mampu memandang lama ke arah itu,aku menoleh,aku tidak mampu lagi untuk memandang kemesraan mereka yang telah merobek-robek sanubariku,air mataku terasa berat untuk kutahan tetapi kugagahi juga kerana takut perubahan riak mukaku disedari oleh teman-temanku aku hanya mampu untuk tersenyum pahit apabila Asrar mengeluarkan kenyataan yang mereka pasangan secocok,sengaja aku mengundurkan diri dari babak percintaan yang menyakitkan itu, aku mengambil keputusan untuk pergi ke bilik air atas alasan tidak tahan lagi untuk membuang air besar, setelah aku yakin aku berada di tempat yang jauh,akhirnya air mataku jatuh berguguran,tidak mampu lagi aku menahan air mataku lalu kubiarkan ia mengalir laju ke pipiku. Aku seperti berada di alam yang lain semua yang ada disekelilingku tidakku peduli kubiar semua manusia yang melihatku mengerut-gerutkan dahi kehairanan, ada juga yang tersenyum sinis mungkin sedang mengejek kebodohanku, ada yang tidak memberi sebarang riaksi mungkin situasi ini sudah menjadi kebiasaan buat mereka kerana di tempat-tempat membeli-belah seperti ini sudah menjadi tempat percintaan pasangan muda untuk memadu asmara oleh itu pergaduhan dan tangisan sudah menjadi satu perkara biasa disitu. Aku mempercepatkan langkahku menuju ke ruang solat segera aku menunaikan solat sunat dan berdoa agar dikuatkan hatiku untuk menerima dugaannya itu. Selesai berdoa aku terasa seperti ada satu kuasa yang kuat hadir dari dalam diriku aku semakin tabah, aku sudah berjanji pada diriku sendiri biarlah apa yang terjadi kalau dia bukan jodohku aku pasrah dan aku yakin Allah s.w.t tidak akan menduga umatnya jika umatnya itu tidak mampu untuk menerimanya. Aku melangkah dengan semangat membara menghampiri teman-temanku.
"eh...lamanya awak ke tandas?berak batu ke apa?"kata Asrar berseloroh sambil tangannya ligat membelek majalah di hadapannya.
"em...da lambat ni korang tak nak balik ke?" soalku tanpa mengendahkan persoalan yang ditujukan oleh Asrar kepadaku. Segera Zatul menoleh ke arah jam yang berada di lengan kanannya.
"ah...ah jomlah balik"katanya apabila menyedari yang jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, tanpa melengahkan masa kami terus berjalan menuju ke tempat tunggu teksi yang berada 500 meter dari Pasific.
Sesampai sahaja aku ke bilik ku lihat Ainul sudah siap berbaju tidur aku memandangnya kosong, aku tidak tahu bagaimana untuk aku berhadapan dengannya hatiku pedih setiap kali aku memandang wajah ayunya,tapi aku tahu aku tidak boleh menyalahkan dia kerana dia tidak bersalah memang wajar Adierul bercinta dengan insan berperibadi menarik seperti Ainul tidak sepertiku yang jelas banyak kekurangannya. Ainul tersenyum mesra kepadaku aku hanya mampu memandangnya kosong sengaja aku terus melabuhkan badanku ke katil menandakan aku telalu penat dan tidak ingin diganggu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Masuk hari ini sudah tiga minggu aku tidak bercakap dengan Ainul aku jarang di bilik sengaja aku menyebukkan diri, aku hanya pulang ke bilik bila tiba waktu tidur aku bukan tidak merindui kemesraan yang kami jalingkan sejak kami bergelar teman rapat tetapi aku tidak mampu untuk memandang wajahnya, aku tidak mahu membencinya aku telalu menyayangi teman karibku itu, tatapi syaitan sentiasa membisik ke hatiku yang lemah, aku lemah hanya pada-NYA aku mengadu kesedihanku, aku tahu Ainul juga merinduiku setiap malam dia menangis sengaja aku membatukan diri buat-buat tidur tapi hatiku berdarah tiap kali kudengar sedunya, maafkan aku sahabatku aku insan yang lemah.
Petang itu sengaja aku putuskan untuk menghabiskan masa dengan membaca buku di perpustakaan, disitulah aku menghabiskan masa sebelum pulang kebilik,
"Assalamualikum..."tiba-tiba ada satu suara garau menegurku,aku hanya membalasnya dari dalam hati, aku tidak berminat untuk mengetahui milik siapa suara itu, aku lebih berminat dengan pembacaanku.
"awak Nurul Iman kan?"soalnya meminta kepastian, masih tidak berputus asa meraih perhatianku. Aku hanya menganguk lemah kuangkat sedikit mukaku agar dapat kulihat jelas wajah insan yang menegurku itu, ya Allah, hampir terlepas buku yang tadinya kupegang kemas apabila ternyata insan yang sedang berdiri di hadapanku ini merupakan Adierul, dia hanya memandangku penuh minat dari raut wajahnya yang tenang terlukis sebuah senyuman yang manis mempamerkan barisan giginya yang putih menambahkan lagi ketampanan dirinya. Aku tertunduk malu apabila menyedari ketelanjuranku merenung wajahnya dengan begitu lama.
"awak ada masalah ke?" soalnya berhemah. Aku yang masih lagi tergamam hanya mampu tertunduk diam, tiada riaksi yang tepat untukku pamerkan padanya, setelah lama aku terdiam tanpa bicara sekali lagi dia memulakan kata,
"maafkan saya kalau pertanyaan saya menganggu awak,tapi setiap hari saya lihat awak termenung disini seorangan, jadi saya fikir awak ada masalah... jangan risau saya takkan tanya apa masalah awak kalau awak tak sedia untuk berkongsi tapi awak pasti perlukan teman kan? Biar saya temankan awak termenung boleh?"katanya penuh bersopan. Pelawaannya itu menerbitkan perasaan yang berbunga-bunga dalam hatiku tapi apakan daya dia milik Ainul dan aku harus mehapuskan dia dari kamus hidupku. Aku menolak perlawaannya dengan berhemah lalu aku meminta diri pergi jauh dari pandangannya walaupun aku sedar jauh disudut hatinya dia ingin Adierul menemaninya tapi dia pasrah, hati temannya harus terjaga kerana dia begitu menyayangi Ainul temannya itu biarlah dia seorang merasa seksanya.
Sejak dari hari itulah setiap kali aku termenung keseorangan Adierul menyapaku tapi apakan daya semuanya demi sekeping hati yang harus kujaga. Aku pergi meningalkan Adierul keseorangan.
Aku melangkah malas munuju ke bilik,nyanyian cengkerik di balik-balik lalang tidak sedikitpun mendamaikan hatinya yang kosong ketika itu,sedang aku menyusuri lengkok puteri tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita yang Ainul dihantar ke hospital kerana pengsan ketika berjalan ke cafe. Tanpa melengahkan masa lagi aku terus berlari mendapatkan teksi yang kebetulan melewati kawasan itu, hospital terus kutuju,dari luar bilik rawatan Ainul kulihat Ainul sedang terbaring nyenyak mungkin masih pengsan agaknya tanpa membuang masa aku menghampirinya kugengam erat jari mulus milik Ainul di pangkuannya aku menangis hanya tuhan yang maha mengetahui betapa aku merindui untuk berdekatan dengan sahabatku yang paling kusayangi itu. Saat itu aku menyesali segala perbuatanku terhadapnya.
"Ainul maafkan Iman ye"kataku dalam sendu
"Ainul...Iman tahu Iman salah,saya tak patut menghukum persahabatan kita atas kelemahan diri saya,saya tahu awak terbaik untuk Adierul lelaki yang saya cintai saya lemah Ainul,saya bersalah pada awak,saya pasrah bahawa dia bukan milik saya dia milik awak,tapi hati saya kejam saya tak mampu lihat muka awak kerana saya takut saya bencikan awak. Saya sayangkan awak. Maafkan saya" air mataku mengalir laju ketika itu, jari-jemari Ainul kegengam erat.
"Iman...!"tiba-tiba jari-jemari mulus Ainul mengusap air mataku yang mengalir laju membelah pipi gebuku,ternyata rintihanku didengari Ainul,aku kehilangan kata-kata,hanya air mata yang menerangkan betapa pedih dan sedihnya hatiku ketika itu. Dalam sendu aku memandang sayu kewajah ayu milik Ainul di wajah itu,kelihatan jelas mutiara jernih bertakung dimatanya,hatiku bertambah pilu melihat wajah sayu sahabatku itu. Kugagahkan diri memeluk erat badannya,hanya ungkapan maaf yang mampu keluar dari bibirku ketika itu. Lama kami berkeadaan begitu.
"Ainul maafkan Iman"ulangku berkali-kali
"Iman...saya sayangkan awak, tapi saya cintakan abang Adierul kami sudahpun bertunang bulan lepas,maafkan saya kerana saya tak pernah paham isi hati awak,maafkan saya kerana melukakan hati awak,maafkan saya kerana saya tiada disisi awak sewaktu awak jatuh,Iman...awak sayang saya?"soalnya sayu
"bertunang"hanya itu yang mampu keluar dari mulutku,kala itu entah sebesar mana batu yang menghimpapku aku tak pasti yang aku tahu badanku berat,apakah jenis dugaan yang harus kutempuhi,haruskah aku berlakon atau apa?
"awak tak mahu maafkan kakak saya ke?"tiba-tiba satu suara garau muncul dari belakang,suara yang cukup kukenal. Adierul masuk dengan gayanya yang sentiasa tenang, aku tertunduk diam.dia berjalan menghampiriku,setelah berada hampir denganku dia merenungku tajam,dari ekor mataku aku dapat melihat wajah tenangnya, hatiku sayu,dia bukan milikku,mungkin benar kata pujangga
"mencintai bukan bermakna memiliki"biarlah aku hanya mencintainya kerana cinta adalah hak milik mutlakku. Tiba-tiba terasa mukaku disentuh,tanpa kesedar tangannya sudah menyentuh wajahku,dia mengesat air mataku pelahan,aku terkedu.
"sayangnya manusia ciptaan-NYA yang indah ini,belum sah menjadi milikku"katanya setelah selesai mengesat air mataku. Aku terkedu apabila kata-kata itu keluar dari mulutnya,"miliknya"aku keliru, dalam diam aku menyumpahnya sikapnya yang kuranng sopan menyentuhku dihadapan tunangnya tidak boleh di maafkan. Opps....bila fikir balik "tunang dengan abang Adierul,kakak saya dan milikku"apakah semua ini benar...arg....aku malu dengan sikapku yang membuat spekulasi awal tanpa berfikir akhirnya aku dan Adierul bertunang dan cinta kami kerana Allah aku dan Ainul berkawan baik sampai tua.
Indahnya percintaan,indah lagi persahabatan........hhehehe.....

No comments:

Post a Comment

Followers