Tuesday, October 13, 2015

Cinta homestay

    "Khai Nur Adam..."laungan kuat buat angan angan aku terus mati di situ. Hurm, mak ni memang tak boleh tengok aku nak landing atas pokok nilah.



       "Apa dia mak? Orang baru dok atas tu mak dah panggil orang. Ni pe hal?" Aku mencekak pinggang tanda protes dengan tindakan ibu ku itu.



     "Kau ni, ambik basikal ayah tu, tolong pergi kedai. Mak nak masak asam pedas tapi lupa pula asam jawa dah habis,"ujar Puan Latifah kepada anak tunggal perempuannya. Dah mengalahkan lelaki pula perangainya sejak balik kampung ni. Dulu masa kat kolej mungkin cikgunya ajar panjat pokok kot. Hurm, dia mengeluh perlahan-lahan.



         "Alah mak ni, sekarang baru cakap. Tadi mak pergi beli ikan tak ada pula mak ingat. Alih alih time orang dok atas pokok tu juga lah mak nak suruh,"ucapku.



      "Dah. Tak payah banyak songehlah. Pergi sekarang,"ujar Puan Latifah sambil tangannya mengangkat penyapu lidi yang dipegangnya.



      "Pak Leman, mak cakap dia nak asam seringgit,"ujar ku lalu melompat dari basikal tua arwah ayah yang kemudiannya menjadi pengangkutan ayah ke masjid.



      "Nah. Asal dengan baju tu khai?"

      Aku tergelak kecil. Tidak perasan pula dengan baju ku sedikit kotor.
      "Tadi panjat pokok jambu,
tak perasan pula kotor baju ni. Takpelah Pak Leman. Saya bukannya pergi kenduri orang kahwin. Saya datang kedai je, jumpa dengan Pak Leman."


     "Kamu ni."

     "Saya balik dulu. Kang tak pasal pasal Mak Latifah tu datang, saya juga yang susahnya Pak Leman."


    Pak Leman tersenyum. Memang bagus budak itu

tapi hairan juga kenapa dia nak tinggal kat kampung ni sedangkan ijazah pun dia dah ada. Mungkin dia ada strateginya tersendiri.lagipun Homestay yang diusahakan orang tuanya cukup menjadi. Tiap tiap bulan ada sahaja orang yang menempah bilik di rumahnya.


      Khai Nur Adam memgayuh basikal tua itu. Tetapi kayuhannya berhenti di bahu jalan apabila melihat Aini sedang berjalan. Nak.balik rumah kot.



     "Hah....kau nak pergi mana ni? Nak tumpang aku tak?" Aku menghentikan basikal tua itu di bahu jalan.



       Tanpa cakap banyak, Aini terus melompat ke atas tempat duduk di belakang basikal itu.



     "Dam, bawak basikal tu lajulah sedikit. Ni macam semutlah kau ni," Dia menepuk bahu sahabat baiknya.



"Kau ni Aini, bagilah aku nak feeling sikit. Kau tengok kat depan tu, sawah padi meluas. Wow...kalaulah semua orang tanam padi satu keluarga satu bidang tanah padi kan bagus. Tak adalah negara kita ni terpaksa import lagi beras ke negara kita, kan?"ujar ku bersahaja sambil mengayuh basikal perlahan lahan.

No comments:

Post a Comment

Followers