Monday, October 12, 2015

Kisah prolog laksamana sunan....miss watak laksamana sunan

Prolog (Ashabul Kahfi)

   Haryani terikat dalam keadaan tertiarap. Kedua dua kaki dan tangannya ditambat ke belakang, diperlakukan seperti binatang sembelihan. Terkurung di dalam pondok usang yang dijadikan penjara sebelum upacara korban dilakukan. Dia adalah pilihan terakhir untuk disembahkan kepada penghuni kegelapan yang bakal 'dilahirkan' semula. Haryani...ibarat kunci untuk membuka ' alam sebelah' yang dilumuri kejahatan, yang akan menggegarkan seluruh dunia, bermula dari tanah Sumatera ini.

      Di luar pondok, anak telinganya mendengar orang berkelahi. Bukan pergaduhan yang biasa, tetapi pertelingkahan yang mempertaruhkan nyawa. Bunyi hambatan, tumbukan sekaligus tendangan, tubuh terpelanting ke tanah, bunyi orang bangkit dan bertarung lagi, menghiasi pendengarannya. Haryani menjadi hairan. Siapakah yang datang di luar sana?

     Dia berusaha lagi, meronta membuka ikatan, tapi tidak berupaya. Terguling...terlentang sehingga menyakitkan sekujur tubuh. Haryani memjerit. Anggota badan terlipat macam aksi akrobatik. Dia terpaksa menggolekkan lagi badannya. Kali ini, dia tertiarap semula. Pergerakan yang merumitkan itu membuatkan nafasnya bejat.

       Pintu pondok ditendang dari luar. Haryani terperanjat. Sekujur tubuhnya dibasahi keringat. Kepalanya tertoleh toleh. Sesusuk kelibat lelaki menyerlah di muka pintu, agak berbalam balam kerana tujahan suram cahaya bulan di sebelah luar. Sekaligus menyentap jantungnya. Organ yang menakung nyawa itu berdetak detak.

      "Haryani!
      "Dani!" Dalam kelam terpancar sinar pengharapan.
     
      Dani menerpa. Membuka ikatan yang membelit Haryani. Setelah tambatan itu berjaya diuraikan, Haryani terduduk dan menangis teresak esak. Pembebasannya daripada ancaman maut telah memberi peluang untuk dia meneruskan hidup semula.

                     "Alhamdulillah....alhamdulillah,"lafaz Dani.

   "Aku hampir hampir mati." Air mata seolah olah seperti hujan. Kegalauan perasaan semacam mendung hitam yang pekat. Ketika Haryani tenggelam dalam ketakutan yang belum juga reda, bunyi perkelahian di luar pondok terus menerus menghiasi malam yang dirasakan kecundang. Perlahan lahan Haryani mengangkat kepala. Meninjau ke luar tanpa menyeka air mata yang masih bersisa.

Sambungan bab prolog....

     "Siapa di luar, Dani?" Haryani terpanggil untuk bertanya.
      "Orang yang kita tunggu tunggu kemunculannya,"sahut Dani.
      Haryani bangkit. Bisa yang menjalar ke bahagian urat urat darah terpaksa dibius dengan kekuatan otak. Lenguh yang hampir melumpuhkan cuba disingkirkan. Dia berjalan ke muka pintu pondok. Dani mengiringinya. Pertarungan dua lelaki itu telah berakhir. Manusia yang jahat telah ditumpaskan. Tersungkur berlumuran darah di sebelah sebatang pokok.

     Haryani membesarkan mata tatkala lelaki yang meraih kemenangan itu berkalih padanya. Kepastian itu belum terungkai. Simbahan cahaya bulan membuatkan pandangan tidak sejelas hari siang. Lelaki itu kelihatan berdoa beristighfar panjang sejurus melafazkan syukur ke hadrat ILLAHI. Haryani telah dapat mengagak siapa lelaki itu. Cuma akal warasnya masih terbelenggu.

    "Tapi....macam mana? Ah....mustahil," keluh Haryani.
    "Tiada yang mustahil bila ALLAH menghendaki sesuatu,"balas Dani.
     "Sememangnya begitu kerana itu adalah tauhid. Tapi huraian logik akal, Dani."
    Saifudin berjalan menghampiri mereka sehingga wajahnya terserlah. Seulas senyuman terukir. Haryani menjadi kaku terkedu serta tergamam tidak percaya. Kelopak mata terkerdip kerdip. Sangkanya...pandangan fantasi telah menipu matanya sendiri. Fikirnya...otaknya telah mengalami kebejatan yang teramat dasyat sehingga tidak mampu lagi membezakan antara realiti mahupun khayalan.

    "Assalamualaikum wanita yang dirahmati ALLAH."

   Mendengar ucapan ikhlas lelaki itu pun sudah berupaya menyenangkan hati.

   "Sunan?bagaimana?" Wajah kusam haryani berkerut seribu.

    "Hijab waktu itu telah terungkai...telah terbuka." Dani mencelah.

    "Tiada jawapan yang mampu kita jelaskan. Sesungguhnya, ini di luar batas pemikiran manusia. Dalam sejarah manusia dahulukala....ia permah terjadi. Kita bermunajat untuk meleraikan kekusutan. Akhirnya satu jawapan ketahuan: Ia  isyarat dari langit yang turun ke hati, kemudian sampai ke fikiran. Akal manusia itulah yang membezakan kebaikan dan kebatilan. Semua ini adalah peralihan yang dipanggil....

          Ashabul kahfi...
          Ashabul kahfi...
          Subhanallah.

No comments:

Post a Comment

Followers