Monday, October 12, 2015

Bahagian korus bab 4 ~ bodyguardku pemalu....

 
     Di rumah Tengku julia hanya berpakaian biasa saja seluar pendek dan singlet. Biasa ke? Sudah terlebih seksi itu. Ah! Siapa yang peduli? Dalam rumah bukan siapa siapa tengok pun. Tapi itu pun nasib baik papanya tiada di rumah. Tengku Julia tahu papanya pagi pagi lagi sudah pergi ke pejabat. Jadi bolehlah Tengku Julia berpakaian terlebih seksi sikit, kalau ada papanya alamatnya da kena kejar 3 kilometer dengan paranglah gamaknya. Muahahhaha!tak boleh dibayangkan.

Pukul 8 pagi Tengku Julia sudah turun ke dapur.

"Morning Mak Som" sapa Tengku Julia pada Mak Som yang berada di dapur.

"Morning..." jawab Mak Som yang sedang berdiri di singki sambil tangannya laju mencuci pinggan. Dia membelakangi Tengku Julia.

 "Lama tidur...?" Ujar Mak Som.
 "Letih..." jawab Tengku Julia sepatah.

  Tengku Julia membuka peti sejuk. Cawan yang di rak dicapai dahulu. Kotak susu segar dicapai lalu dituangkan ke dalam cawannya. Lalu diminum.

Mak Som pusing.

"Ya Allah Lia!"kata Mak Som kuat.

GOSP!

Tengku Julia tersentak. Fuh! Nasib baik tak tersembur air susu dalam mulut aku.

"Mak Som.....kenapa ni? Jerit macam nampak hantu ja? Terkejut Lia"ujar Tengku Julia.

Memang Mak Som nampak hantu sekarang ni..kenapa pakai macam ni Lia?". Mak Som sudah bulat matanya memandang Tengku Julia yang berpakaian seksi itu. Buatnya di nampak dek Zamri dan Jefri nanti haru jadinya.

"Alah....Mak Som pakai macam ni ja pun....tak salahlah...lagipun dalam rumah siapa yang nampak" ujar Tengku Julia bersahaja. Susu yang masih bersisa setengah diteguk. Tengku Julia masih lagi bersahaja. Tidak peduli kata kata Mak Som.

"Lia...kalau papa nampak habis Lia kena marah tahu tak.....baik Lia pergi tukar sekarang" ujar Mak Som.

"Alah...Mak Som, papa bukan ada kat rumah pun. Papakan dah pergi officekan. Siapa nak marah." Tengku Julia masih lagi bersahaja.

"Siapa kata papa dah pergi kerja" ujar Mak Som. Tengku Julia sentak.

GULP!

"Papa ada rumah ke Mak Som?" Tanya Tengku Julia mula kelam kabut.

Mak Som hanya mengangguk.

Bulat mata Tengku Julia. Auh...sudah matilah aku.....desis hati Tengku Julia gusar.

"Hari ini bukan papa kerja ke?" Tanya Tengku Julia lagi.

"Papa harini cuti Lia, petang nanti baru papa pergi kerja" kata Mak Som.

"Kenapa tak bagitahu!!" Tengku Julia sudah kalut. Habislah kalau papa nampak aku pakai macam ni.

"Kenapa tak tanya" Mak Som membalas dengan soalan juga.

"Hah, Lia tunggu apa lagi. Lebih baik Lia naik atas pergi tukar baju...sementara papa ada delat gazebo luar, karang papa masuk nampak Lia pakai macam ni haru Lia nanti kena marah" cadang Mak Som.

Tidak tunggu lama Tengku Julia terus berlari dari bahagian dapur, cepat ingin naik ke biliknya. Mak Som sudah tercengang dengan kepantasan Tengku Julia yang berlari macam palesit itu. Lesap macam itu je.

Semakin laju Tengku Julia berlari. Nasib kaulah Julia duduk rumah banglo besar.

Baru saja Tengku Julia ingin memijak anak tangga pertama

"Julia !"

Oh my!

Tengku Syed sudah berada di belakang Tengku Julia.

Ya....Papa..."teragak agak Tengku Julia memusingkan badannya menghadap Tengku Syed sudah berpeluk tubuh. Matanya tajam memandang wajah Tengku Julia.

"Ingat tak papa pesan apa?, pakai pakaian yang senonoh sikit. Ni Lia pakai apa ni? Seksi sangat"ujar Tengku Syed tegas.

"Waduh! Ayat pertama sudah keluar, tanda tanda bakal diceramah tu'desis hati Tengku Julia.

Tengku Julia sudah menunduk. Nasib kau lah Julia, dah besar besar pun kena marah lagi. Waa... Ni kalau anak jiran sebelah rumah yang umur 6 tahun tengok mesti gelak sampai terkoyak mulut. Mana taknya yang dah besar macam dia pun masih kena marah.

"Alah...papa, bukan orang nampak pun....lagipun dalam rumah siapa yang nak tengok" Tengku Julia cuba beralasan, masih berani menjawab walaupun Tengku Julia tahu Tengku syed sedang memarahinya.

"Dalam rumah ke?luar rumah ke?tetap kena pakai baju yang senonoh.buatnya kalau ada orang ternampak macam mana? Tu, Jefry dengan Zamri tu, bukan orang? Kalau diorang nampak nanti malu papa tahu tak!" Ujar Tengku Syed cukup tegas dan marah.

Papa tak nak Julia pakai macam ni lagi. Papa nak anak papa jadi orang yang berbudi , sopan. Ingat sikit, kita ni orang kenal. Kalau Lia pakai macam ni, orang luar nampak malu kita. Dan sebelum kena macam tu ada baiknya papa nasihatkan Lia. Nanti...kalau papa tak tegur Lia makin menjadi jadi. Siapa yang berdosa? Lia berdosa. Papa pon turut jugak dapat dosa Lia tahu tak!?" Kata Tengku Syed panjang lebar. Cukup memenatkan telinga Julia yang mendengarnya.

Dan bermulalah sesi ceramah antara Tengku Julia dan Tengku Syed. Tengku Syed membebel bebel tentang hukum hakam dalam islam, tentang berdosanya anak lelaki dan ayah apabila anak perempuan atau kakak, isteri atau adik perempuan tidak menutup aurat. Ia akan memudaratkan ahli keluarga lelaki di akhirat kelak. Dan bermacam macam lagi tentang islam dalam ajaran menutup aurat. Dan Tengku Julia mengangguk aje mendengar bebelan Tengku Syed. Kakinya pula sudah kejang kerana lama berdiri tegak bak orang sedang menyanyi lagu negaraku. Kebas!

Walaupun Tengku Julia lenguh sedari tadi berdiri tetapi dia tetap kena dengar. Kalau dia lari karang tak fasal fasal lagi banyak pula. Papa membebel. Dah tak fasal fasal pula dia kena berdiri lagi sejam mendengar ceramah papanya. Papanya kalau membebel boleh tahan panjang berjela jela juga. Orang koporatlah katakan memang ayat boleh kira panjang macam nak mengarang karangan.

"I know papa..."
"Dah tahu kenapa buat?"tanya Tengku Syed lagi. Tengku Julia diam.

"Sekarang ni.....papa nak Lia tukar sekarang. Papa tak nakntengok Lia pakai macam ni lagi...ada erti?" Tengku Julia tahan gelak. Apa punya bahasa papa ni  setahu Tengku Julia dekat rumah ni tak ada pulak bibik indon. Ada 'erti'.

"Yes pa...."haduyaaiii.... dah macam budak budak je.
Tengku Julia hanya mengangguk.

Faham Pa..."

"Now go upstairs...and change your clothes...." arah Tengku Syed lagi.

Mengikut arahan papanya tadi. Tengku Julia terus mendaki anak tangga satu persatu naik ke biliknya di tingkat atas.

Di dalam hati Tengku Julia berasa lega, kerana papa tidak membebel banyak sangat harini. Dan Tengku Julia rasa ceramah papa sudah kurang masanya, selalu, papa kalau membebel sampai setengah jam lebih, tapi sudah dikurangkan, tidak sampai setengah jam pun. Mungkin papa sudah muak nak marah aku.

Ish, kau ni pun satu Lia..dah gedek pun tak reti reti nak berpakaian elok.

Tengku Syed di bawah sudah menggeleng kepala.

Lama lama boleh naik strok aku tengok perangai tak semengah anak aku sorang ni.'kata  hati Tengku Syed.

*********

"Wehy, Jef kau dengar tadi tu"Zamri pandang Jefry yang sedang membaca surat khabar di buaian.

"Singa jin betina kena brainwash siut!"
Tambah Zamri lagi. Nak ketawa dia mendengar Tengku Julia di brainwash oleh Tengku Syed. Kelakar tahap dewa.

"Tak payah sibuklah Zam, bukan masalah kita pun" ujar Jefry. Dia masih tekun membaca.

Itulah aktiviti mereka. Jika Tengku Julia tidak ke mana, mereka akan melepak saja sambil mengawal kawasan perumahan banglo itu...

********

No comments:

Post a Comment

Followers