Tuesday, November 24, 2015

Tajuk : Bangunan Asrama Berpuaka



Sekumpulan empat orang remaja ini, Iman, Isma, Fia dan juga Adha. Salah seorang ketua dari mereka ni namanya Adha yang hendak membawa mereka ke satu tempat yang di mana bangunan hostel  ni sudah lama berpuaka.  Salah seorang dari kawan mereka yang tahu mengenai tempat ni adalah Aidil. Aidil pula letak gambar hostel puaka ni di laman facebook alam maya. Isma pula bila melihat foto ni yang dipaparkan lelaki yang bernama Aidil, Isma pun bertanya pada Aidil mengenai foto ni.


“ Aidil, hostel ni dekat mana?”, tanya Isma.


“Old Hostel, dekat dengan bandar”, jawab Aidil.


“ Dekat mana bandar tu, Johor Bahru atau Kuala Lumpur ke?atau di mana?”, tanya Isma lagi.


“ dekat Singapore”, jawab Aidil.


“ Owh, okay. Dil pernah ke pergi hostel puaka tu? Ada Nampak entiti apa-apa ke?” tanya Isma. “ Ada juga tapi tak jelas. Kemudian ada juga Dil dengar suara tangisan perempuan , ada yang mengilai, lepas tu ada dil dengar seperti bunyi tapak kaki seolah ada orang berlari dekat tingkat dua. Tapi bila Dil naik kat tingkat dua, tak da apa pula. Tapi bila Dil turun, Dil rasa macam seram sejuk sebab Dil rasa ada mata ghaib yang perhatikan gerak-geri Dil,” jawab Aidil dengan penuh khusyuk bercerita tentang bagaimana situasi yang mana dia pernah rasa bila pergi ke tempat berpuaka itu.


Nama tempat bangunan ini adalah Hostel Bumi di Singapura. Masing –masing bawa alat kelengkapan barang untuk di mana yang akan dijadikan tempat khas untuk mereka buat uji-nyali. Sebaik saja mereka sampai di tempat bangunan yang kelihatan usang dan juga nampak menyeramkan, tapi masing-masing tidak sabar nak buat uji-nyali. Masing-masing berehat seketika untuk melepaskan lelah kerana letih sangat berjalan sejauh 1km sejam. Apabila salah seorang dari mereka ini bangun dari tidur,Adha kejutkan mereka yang nyenyak tidur kerana keletihan sepanjang perjalanan mereka datang ke bangunan ni. Waktu mereka bangun, jam telah menunjukkan pukul 7.3o malam. Masing- masing bersiap untuk mengambil wuduk, kemudian melakukan solat maghrib. Selepas selesai dari solat maghrib, mereka  pergi  ke kedai  makan yang berdekatan dengan bangunan itu untuk mengalas perut.


Tidak lama kemudian, Adha dan kawan-kawannya yang lain membuat persiapan  di mana bilik asrama yang sesuai untuk membuat uji-nyali. Hujan pun sudah mula turun. Mujur mereka berempat ini memakai ‘sweater’.  Iman dan Adha  yang berpakaian ‘sweater’ ,berlengan panjang dengan penutup kepala di atas kepalanya. Manakala Isma dan Fia pula berpakaian ‘sweater’ . Fia saja yang bertudung.  Masing -masing bawa telefon bimbit sendiri untuk keperluan bila ada kecemasan.


“  Siapa yang nak kena uji-nyali dulu nie?”,tanya Iman.


“ Sayang dulu lah,” jawab Isma. Isma ni kekasih pada Iman. Iman dan Isma ni dah bertunang dalam tempoh sebulan . Cuma tinggal nak tetapkan tarikh perkahwinan mereka berdua saja.


“ Sayang dah bersedia ke?”,tanya Iman. “ Abang risaulah dengan keadaan sayang. Abang tak nak berlaku apa-apa dekat diri sayang.” Jawab Iman lagi dengan nada suara yang kelihatan resah apabila terlalu memikirkan  keadaan tunangnya, Isma.


“ Sayang okay...Insya-Allah.” Jawab Isma dengan tenang.


Fia yang lihat mereka yang asyik berkepit seperti belangkas pon buat muka mencebik nada cemburu. “Ehem-ehem…dah lah tu nak bermanja kat cini pula. Kita datang cini nak buat uji-nyali. bukan nak bermanja”,sergah Fia dengan nada perli.


“ Eh…yang kau nak sibuk apasal, suka hati akulah. Kau cemburu ke?”, balas Iman dengan selamba.


“Eee…tak kuasa lah aku nak cemburu dengan korang berdua nie. Aku ‘sound’ korang ni pun sebab nak cepatkan kerja uji-nyali kita ni. “ Isma…ko kalau nak uji-nyali buat jelah, tak payah layan mamat jiwang ni. Lagi kau layan, lagilah tak siap kerja kita ni. “Wei Fia…ko jaga mulut ko sikit eh”,jawab Iman dengan nada suara yang keras. Bengang dengan sikap Fia yang selamba ‘sound’ lelaki ni depan Isma. Fia terdiam kerana terkejut bila ditengking  begitu oleh lelaki yang merupakan tunang Isma. Isma hanya diam apabila melihat pertengkaran antara tunangnya dengan kawan baiknya, Fia.


Adha pula datang menyelamatkan situasi pertengkaran tunang Isma dengan Fia. “Wei… sudah-sudahlah korang berdua nie, asyik nak bertekak je lah. Kalau macam ni lah perangai korang berdua, bila nak abis beb uji-nyali yang kita nak buat ni. Korang ni taw tak , dah banyak buang masa aku sekarang ni”, kata Adha yang kononnya sebagai kaunseling. Lelaki itu bengang.


“Okay-okay…aku pon malas nak layan perempuan yang nama Fia ni. Pempuan ni  sebenarnya cemburu dengan aku sebab aku dah tunang dengan Isma. Tu sebab lah perempuan ni cari pasal dengan aku..lepas tu nak rosakkan mood kita nak buat uji-nyali”, jawab  lelaki itu dengan nada tak puas hati. Fia hanya diam dan malas nak berbalah kata-kata lelaki itu.


“Sayang…abang mintak maaf pasal tadi. Abang sayang kat sayang sangat-sangat dan abang tak nak kehilangan sayang. “ Sayang okay…hal kecik je sayang tak kisah sangat pon walaupon dalam hati macam rasa tak sedap .Risau Fia buat benda yang bukan-bukan. Risau lagi perempuan tu balas dendam dekat tunangnya, Iman tapi Isma hanya fikir positif tentang temannya itu. Dia percaya dan yakin kawan baiknya itu takkan buat benda yang bukan-bukan hanya sebab pertengkaran yang berlaku sebentar tadi.


Isma mengambil telefon bimbitnya yang jenama Samsung note 3, kemudian dia buka aplikasi video kamera untuk memulakan sesi uji-nyalinya yang tertangguh sebentar tadi. Adha pula dengan kawannya, Fia dan juga Iman keluar menunggu di luar. Menunggu sementara nama mereka ni dipanggil Isma sekiranya wanita tu ada rasa kehadiran entiti tersebut dalam bangunan asrama yang berpuaka itu. Wanita itu berjalan dalam bangunan itu dengan membawa telefon bimbitnya yang dia gunakan sebagai video kamera untuk merakam setiap aktiviti uji-nyalinya. tiba-tiba wanita itu terdengar bunyi tapak kaki berlari. Bunyi itu datang dari arah tingkat dua. Wanita itu dengan rasa takut namun dia beranikan diri untuk naik ke tingkat dua di mana dia dengar bunyi tersebut. Dia rasa seram sejuk. Bila dia naik ke atas, tiada apa-apa pula. “ perasaan aku je kot dengar bunyi camtu”, pujuk hatinya yang rasa tak sedap. Kemudian dia dengar pula suara tangisan suara perempuan tapi tak tahu dari mana bunyi suara tangisan itu. Dia tak sedap hati sebab suara tangisan itu dekat-dekat dengan dia. Mungkin suara tangisan tu berdiri di belakangnya. Bila perempuan ni  toleh ke belakang, alangkah terkejutnya  dia apabila berdepan dengan  susuk  tubuh yang dibalut dengan kain kafan yang penuh dengan tanah lumpur. Pocong!  Tiba-tiba pandangan wanita itu kabur kemudian dia rebah dan tak sedarkan diri.


Adha dengan kawannya yang dua orang ini, Iman dan Fia masuk ke dalam bangunan asrama tersebut kerana mereka  rasa tak sedap hati bila Isma diam terus. Iman lagi terlalu kelihatan resah dengan keadaan tunangnya, Isma tergamam bila lihat wanita itu rebah dan tidak sedarkan diri. Lelaki itu meletakkan kepala tunangnya ke atas riba pangkuannya. Adha dan Fia hanya melihat dan tak berani kata apa-apa. Cuma Adha cuba membantu lelaki itu baca ayat surah al kauthsar dan tiup di dalam air botol yang diisi dengan air putih. Kemudian Adha bagi botol air yang sudah dijampi dengan ayat al quran kepada lelaki itu. Lelaki itu tuang air putih itu ke atas tangannya lalu dia menyapu  air tu ke wajah tunangnya yang kelihatan pucat.

Akhirnya mereka buat keputusan untuk pulang sahaja. Kerana Adha tak sampai hati melihat keadaan kawannya yang terlalu risau dengan keadaan tunang pada kawannya itu. Dia sendiri rasa bersyukur sangat bila tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya dan juga kawan-kawannya. Dia tekad tidak mahu datang ke bangunan asrama yang dikatakan berpuaka ni lagi. Tak lama kemudian, Isma pon dah sedar dari pengsan. Dia pun tanya pada tunangnya, “apa yang berlaku tadi?”. sayang pengsan tadi…kenapa awak pengsan tadi?” tanya lelaki itu. “saya pengsan tadi bukan sebab suara tangisan walaupun suara tu hampir dekat dengan diri sayang, tapi bila sayang toleh belakang, entiti tu ada kat belakang sayang. “Dah lah…sayang dah okay ni, tak payah lah fikir pasal kejadian tadi. Adha dan Fia pon datang pada mereka berdua dan meminta maaf sekiranya ada salah silap masa buat uji-nyali di bangunan asrama yang berpuaka itu. Masing- masing dah berdamai.

No comments:

Post a Comment

Followers