Cerpen
thriller M16…
Aku membelek dua pucuk pistol dan satu M16 yang baru aku beli
di lorong gelap di bandar yang terletak beberapa kilometer dari tempat
persembunyianku. Pistol ini jenis Colt 45 M1911 Automatic Gun yang agak mahal
harganya sehingga mencecah puluhan ribu ringgit . Nasib baiklah aku ada
simpanan sendiri dalam bank dan nasib baik jugalah akaun bank aku tidak
disenarai hitam kerana aku telah godam sistem bank supaya nama aku masih kekal
dalam senarai akaun. Mataku berkalih pula pada jaket kalis peluru yang aku
cipta sendiri selama tiga tahun dan tidak lupa juga beberapa bom tangan
automatik yang mampu meletupkan bangunan setinggi lima tingkat dalam sekelip
mata .
Aku juga mencipta bom berkomputer yang menyerupai telefon
bimbit yang telah aku setkan kod untuk meletupkannya apabila bom itu dibawa ke
sasaran yang sepatutnya. Tujuan aku adalah untuk memperdayakan ahli geng Black
mereka supaya kerja aku lebih senang kelak. Aku mencapai pula radar pengesan
musuh dalam bentuk kaca mata yang aku reka sendiri .Aku menguji fungsinya
beberapa kali. Mungkin ia dapat membantu aku sebagai langkah keselamatan
apabila diserang hendap nanti. Aku berpuas hati apabila mendapat radar itu
berfungsi dengan baik. Setakat ini aku telah menghabiskan hampir setengah juta
untuk mencipta pelbagai alat canggih seperti ini. Duit itu semua adalah hasil
rompakan aku dan Razif beberapa tahun lepas yang mencecah berjuta-juta ringgit.
Aku tak kisah menghabiskan duit sebanyak manapun, janji aku dapat mencapai
matlamatku yang satu itu.
Aku tekad, esok aku akan berangkat ke Golok dan akan
menggunakan sungai Golok sebagai rentasan utama. Hari ni aku sudah cukup
bersedia untuk berhadapan dengan Black. Janjiku untuk membalas dendam atas
kematian Razif 3 tahun lalu akan aku kotakan. Aku akan pastikan Black tidak
bernafas lagi di dunia ini. Darah akan dibalas dengan darah. Ingat tu Black!
Selama 3 tahun aku menyusun strategi serangan untuk menembusi
port Black yang agak ketat pengawalannya . Pusat operasinya di bawah tanah dan
laluan masuk ke tempat mereka berkumpul dipisahkan oleh pintu tembaga yang
mempunyai kata kunci untuk membukanya .Hanya ahli geng Black yang boleh
memasuki tempat itu .Ada lagi satu tempat yang lebih dalam, iaitu tempat
terletaknya bilik ketua geng ini yang dikenali sebagai nama Black. Hanya
beberapa orang yang dibenarkan memasukinya iaitu orang paling kanannya .Di situ
kawalan keselamatannya lebih ketat. Walaupun mereka kumpulan gangster yang
terkenal tetapi sistem pengawalan dan keselamatan ahli kumpulannya sangat
canggih sehingga polis sendiri belum pernah berjaya untuk menembusi port itu.
Tapi, aku mendapat idea untuk mencari mana-mana ahli geng Black tak kiralah
dengan cara macam mana sekalipun untuk memudahkan aku untuk memasuki port
mereka . Aku tidak teragak-agak untuk membunuh mereka sekiranya apa yang aku
hajati tidak tercapai. Aku tersenyum puas kerana aku terlalu yakin yang
strategi aku kali ni pasti akan berjaya menghapuskan Black 100%!
” Triit..Triit..,” bunyi handphoneku
membantutkan agendaku sebentar tadi. Hish, siapa pulak yang telefon malam-malam
buta ni! Aku paling pantang kalau ada orang mengganggu aku di saat aku sedang
menjalankan operasiku yang biasanya berlangsung pada waktu dinihari begini. Aku
melihat nama yang tertera di handphoneku. Intan? Tanpa berfikir panjang ,aku
terus menjawab.
” Hello..,” sepatah
aku menyapa.
” Bapak..tolong ke
sini sekarang pak..Imran demam teruk, kepalanya panas bangat..Badannya penuh
dengan bisul. Ibu Intan enggak tau untuk berbuat apa lagi..tolong kami
pak..,cepatan ke sini..” suara bibik kedengaran di hujung talian. Aku panik.
Imran demam panas? Jantungku berdegup kencang. Sungguh risau dengan apa yang
berlaku.
” Kamu dekat mana
sekarang, dah bawak Imran pergi hospital ?”
” Belum lagi
pak..kami enggak berani..gelap bangat sih di luar sana..,lagi pula sepertinya
hujan mahu turun..” suara bibik kedengaran panik.
” Okay..kamu jangan
ke mana-mana ye..tunggu aku datang..,” kataku lantas mematikan talian telefon.
Aku terus mencapai jaket hitam di atas kerusiku dan keluar dari tempat
persembunyianku di bilik bawah tanah untuk ke rumah Intan yang tidak jauh dari
situ. Malam ini sungguh kelam . Bulan langsung tidak kelihatan. Bunyi guruh
mula kedengaran menandakan tidak lama lagi hujan akan turun.
********************************
” Kamu tenang ya..aku
akan bawa dia ke hospital. Kamu tunggu di sini..,” kataku sebaik sahaja
mendapatkan Imran. Wajahnya kelihatan pucat dan bibirnya kering, tubuhnya
terketar-ketar kesejukan, bisul merayap pada hampir seluruh tubuhnya. Dahinya
begitu panas . Aku terus mendukung Imran dan mendapatkan pintu keluar. Aku akan
membawanya ke hospital secepat mungkin.
” Pak, kami mahu
ikut. Kami enggak bisa biarkan Imran keseorangan di sana..,” rayu bibik. Intan
mengangguk menyetujui kata-kata bibik. Air mata membasahi pipi Intan. Aku serba
salah.
” Enggak bisa..kamu
duduk aja di sini..nanti kamu jatuh sakit..,” kataku cuba menenangkan mereka .
Aku tidak mahu lebih ramai lagi yang jatuh sakit.
” Enggak mau pak, Ibu
Intan pun enggak mau..,” bibik semakin cemas. Kini mereka berdua berada rapat
denganku. Air mata membasahi pipi mereka. Aku kaget.
” Okay..kalau begitu,
ikut saya tapi kamu mesti pegang bahu saya sepanjang masa. Jangan biar
terlepas. Aku tak mahu apa-apa terjadi pada kamu,” aku terpaksa mengalah
memandangkan keadaan Imran kelihatan makin teruk. Kami bertiga meredah
kegelapan malam. Sampai di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya. Kilat
sabung menyabung. Aku menanggalkan jaketku dan menutup tubuh Imran, Aku semakin
panik dengan keadaan itu namun aku masih cuba berlagak tenang . Tangan Intan
aku pegang kemas supaya dia tidak terlepas.
” Bapak..Ibu Intan
jatuh!” Jeritan bibik sayup-sayup kedengaran kerana bunyi hujan lebat yang
terlalu kuat .Aku memandang ke belakang. Tak perasan pula tangannya terlepas
dari genggamanku. Intan terduduk lesu di atas tanah dengan baju yang abash
kuyup. Aku tanpa berlengah masa terus mendapatkan Intan .Intan seperti berkata
sesuatu tapi aku langsung tidak mengerti.
” Pak..Ibu bilang
kita kena pergi dulu. Bawak Imran ke rumah sakit. Dia bilang, biarkan saja dia
di sini!” Teriak bibik. Hah tinggalkan Intan? Mana mungkin.
” Tidak, aku takkan
biarkan dia keseorangan!” Tanpa menghiraukan arahan bibik , aku mendapatkan
Intan dan terus mendukungnya di belakangku. Aku menyuruh dia memaut leherku
kemas-kemas. Sebelah tanganku memegang Imran dan sebelah lagi menyokong Intan
di belakangku . Dengan langkah yang semakin semput dan dengan baju yang habis
basah kuyup aku gagahkan jua untuk ke hospital yang hanya tinggal beberapa
meter dari kami. Bibik mengekori dari belakang.
Sebaik sahaja aku
tiba di unit kecemasan hospital pulau itu yang tidaklah besar mana, aku terus
meletakkan Imran di atas katil pesakit. Aku mendudukkan Intan di kerusi yang
terdapat di situ.
” Mana doktor?”
Soalku pada jururawat di situ dengan kasar. Aku berang kerana sudah beberapa
minit berlalu namun kelibat doktor tidak kelihatan. Imran hanya diberikan
rawatan kecemasan oleh MA dan nurse yang terdapat di situ .Suasana agak lengang
,hanya tinggal kami bertiga dan mereka.
” Sabar ye
encik..sebentar lagi doktor sampai. Dia dalam perjalanan..,” jawab jururawat
itu lembut.
” Heh! Hospital apa
macam ni, tak ada doktor! Aku nak kau call doktor tu sekarang bagi dia cepat
sikit. Kalau tak aku bunuh kau!” Amarahku semakin menjadi-jadi. Jururawat itu
ketakutan mendengar ugutanku. Dia cepat-cepat mendail nombor doktor itu sekali
lagi. Aku betul-betul tidak berpuas hati dengan rawatan di sini. Sepatutnya di
unit kecemasan , doktor kena stand by atau oncall sekiranya apa-apa yang
berlaku. Rasa berangku semakin parah apabila melihat Imran yang makin pucat.
Intan pula meraung di sisi Imran. Aku tidak sanggup melihat adegan ini. Aku
tidak sanggup melihat Imran terlantar sakit dan Intan pula bersedih. Aku mesti
melakukan sesuatu. Belum sempat aku berbuat apa-apa, doktor sudah sampai.
” Hei, kenapa kau
lambat sangat hah! Kau nak orang mati ke? Lembab la kau nih!” Aku terus menarik
kolar baju doktor lelaki muda yang baru sahaja tiba di unit kecemasan. Dia
tergaman melihat tindakan drastikku.
” Bapak! Bertenang
pak..,” bibik tiba-tiba memegang tanganku yang seakan mahu mencekik doktor itu
. Intan menggelengkan kepala melihat tindakanku yang tidak disangka-sangka. Aku
sebenarnya mudah hilang kawalan sekiranya menghadapi situasi tertekan seperti
ini.
” Maaf Encik,saya ada
emergency case tadi. Jangan risau , saya akan melihat anak encik sekarang..,”
kata doktor itu takut-takut. Aku melepaskan kolar bajunya kasar. Huh,nasib baik
alasan yang boleh diterima! Kalau tak mampus dia aku kerjakan! Doktor itu
segera mendapatkan Imran . Dia memeriksa Imran secara ringkas dan mengarahkan
jururawat di situ memasukkan ubat melalui salur darah.
” Bagaimana dengan
Imran doktor?” Aku tidak sabar-sabar ingin mengetahui keadaannya . Aku cemas
,lebih-lebih lagi Intan.
” Dari pemeriksaan
yang saya lakukan, saya dapati Imran seperti menghidap penyakit demam campak
.Tapi saya perlu mengesahkannya dengan ujian darah dan serologi. Setakat ini
kami hanya memberi rawatan simptomatik padanya. Melihat keadaan dirinya
sekarang, saya perlu admit dia untuk pemeriksaan lebih lanjut…,” terang
doktor lelaki itu yang memakai tag nama Dr.Farid dengan panjang lebar.
” Teruk kah
keadaannya doc?” Giliran bibik pula bertanya . Wajah Intan nampak begitu risau
mendengar penjelasan doktor itu.
” Penyakit ni biasa
dialami oleh golongan kanak-kanak seusia Imran.. Dengan rawatan dan imunisasi
yang akan kami berikan, InsyaAllah Imran akan selamat. Setakat ni jumlah
kematian akibat penyakit ini hanyalah 0.5%, itupun kerana tidak mendapat
rawatan awal. So, jangan risau okay..,” aku lega mendengar jaminan dari
Dr.Farid. Aku benar-benar takut jika terjadi apa-apa pada Imran . Aku tak mahu
kehilangan kanak-kanak itu yang sangat aku sayangi. Cukuplah aku kehilangan
Razif beberapa tahun dulu . Sungguh menyakitkan apabila kita kehilangan orang
yang kita paling rapat dan paling sayang.
” Bapak..Ibu Intan
ucapkan berbanyak terima kasih kerana cepatan membawa Imran ke rumah sakit.
Kalau bapak enggak ada di sini, kami enggak tahu berbuat apa lagi..,” kata
bibik sambil memegang kedua-dua belah lenganku . Intan di sebelahnya tersenyum
manis padaku dan mengangguk mengiyakan kata-kata bibik.
” Tak ada apa-apalah..kan
aku dah cakap hari tu keselamatan kamu keselamatan aku jugak dan kebahagiaan
kamu kebahagiaan aku jugak,” ikhlas aku menuturkan kata-kata itu. Mataku
merenung dalam anak mata Intan. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita
yang aku cintai .Intan tersipu malu apabila perasan diri ditenung begitu.
Nampaknya aku terpaksa tangguhkan rancanganku buat sementara waktu demi Intan dan Imran.
No comments:
Post a Comment